Menulis senilagu puisi- Cubaan pertamaku satu dasawarsa dahulu

April 26, 2011 § Leave a comment

Klik link untuk mendengar lagu Melankolis: ap=1http://www.myspace.com/taheerarosheena/music/songs/melankolis-19561533?ap=1

Untuk kata-kata itu hidup, kita kena "merasa" dahulu. Merasa kekeliruan,
kebingungan, rasa cinta dan alpa.
Gembira? Ya, pasti harus rasa gembira; gembira yang penuh kesyukuran.

MELANKOLIS
Tenggelam di dalam memori,
Terimbas kembali suatu kisah misteri.
Di saat silam masih terpendam,
Kepahitannya di dalam.

Serpihan harapan berderai
Tangisan di wajah di sebalik tirai
Kamar hatiku sepi dan sayu
Tiada untuk merayu

Di waktu fajar hujan gerimis
Sebuah episod cinta tertulis
Oleh seorang insan nan khalis
Di saat melankolis

Tenggelam di dalam khayalan
Merenung setiap bintang nan berkelipan
Di hujung jari pena menari
Menyentuh sanubari

Di waktu senja hujan menitis
Sebuah puisi indah tertulis
Oleh seorang insan nan khalis
berwajah melankolis
Di waktu malam hujan gerimis
Sebuah episod insan tertulis
oleh seorang insan nan khalis
Melankolis

Tangisan mengalir nan terukir diwajah
seorang insan khalis
nan realis, idealis, sentimentalis,
jiwanya melankolis

Senikata: Zubin Zainal /Senilagu: Taheera
Dari album Ilham Vol 1, 1998/ Nib Records
Advertisements

Where Am I?

You are currently viewing the archives for April, 2011 at katasyahdu.