Tulis

November 30, 2011 § Leave a comment

Tulis ini, tulis itu,
Tulis hati atas batu.
Tulis begini dan begitu,
Harap jari takkan kaku.

Ini tercetus dari kegembiraan atau keghairahan setelah membaca  e-mel diterima dari teman penggiat seni, Rahimidin Zahari (pembaca puisi yang sangat hebat dengan loghat kelate’nya) untuk sebuah projek buku untuk SN. Mesti buat yang terbaik. InsyaAllah.

 

Advertisements

Anak-anak

November 18, 2011 § 1 Comment

Anak-anak adalah anugerah,
Bukan untuk bermegah-megah;
Anak-anak adalah amanah,
Buat ibubapa kumpul pahala akhirah.

Yakini Doa mu wahai Ibu

November 1, 2011 § Leave a comment

Bismillahhir rahman nirrahiim

Ini adalah kisah yang berlaku pada diri saya sewaktu saya mengandung. Saya pasti ramai ibu mengandung akan melalui perjalanan yang serupa tapi tidak sama. Ada yang melalui pembawakan bayi yang susah, ada yang mudah sahaja.

Saya terpaksa di “prescibe”kan rehat berbaring sejak mengandung 5 bulan kerana sering mendapat contraction. Dr terpaksa memberi saya ubat untuk menahan dari bayi keluar awal. Saya tidak putus putus mengaji, solat sunat bila mampu dan membuat kajian dalam internet.

Sakit saya telah bermula dari awal saya tahu saya mengandung. Masuk fasa trimester kedua, ia berubah lagi. Ratio air ketuban saya lebih tinggi dari biasa. Saya mengalami Polyhydramnios, suatu keadaan di mana air dalam uterus lebih banyak dan mungkin bayi ada komplikasi cleft lip. Gelisah dan risau, pergi check 3D scan, alhamdulilah tidak ada apa yang perlu dibimbangkan. Cuma, dengan perut yang terlalu besar dan selalu contraction, ia sangat tidak selesa.

Tarikh delivery sepatutunya 29 September 2011. Rasanya macam baby ni nak keluar awal. Saya menahan sahaja pada bulan ramadhan dapat berpuasa beberapa hari, tapi semakin hari, semakin bertambah berat bayi, perut saya semakin besar dan memang sukar hendak berjalan. Bayangkan kena bangun untuk siapkan sahur dan iftar, memang menguji kesabaran. Saya tabahkan hati untuk menjalankan tanggungawab sebagai ibu, sebagai isteri. Solat pun dapat solat duduk sahaja. Perut macam bawa kembar, padahal baru 7 bulan. Kalau berdiri dan berjalan mengambil masa 5 minit untuk sampai dari satu bilik ke bilik yang lain. Hmm, saya tinggal di apartment yang kecil. Bayangkan betapa perlahan saya berjalan.

Sudah hampir hujung ramadan dan sakit bertambah kerana perut semakin besar, air ketuban bertambah,. Oleh kerana sakit saya semua di hadapan, saya tidak sakit pinggang langsung. Balance juga rasanya. Alhamdulilah. Kalau sakit pinggang juga, pasti saya akan menangis dan hilang sabar lebih cepat.

Minggu 30 berjumpa Dr. Dr kata tunggu 32 minggu baru dia berani deliver the baby kerana khuatir pernafasan bayi tidak kuat. Saya tunggu. Setiap detik, minit, hari, saya kira, boleh hampir jadi hilang akal juga. Jadi saya baring atas katil, mengaji. Alhamdulillah, dapat khatam sebelum ramadhan. Kali ini, pernafasan sudah sukar untuk saya jadi baca yang mana mampu. Scan menunjukkan kepala baby songsang. Masalah juga ni. Saya pulang dan bercakap dengan baby. Tolong pusing ke bawah ya so awak senang keluar. Satu hari saya bercakap dengan dia dan Allah membuka jalan bagi kami, baby pusing kepala ke bawah.

Minggu 32. “Dr. I tak tahan dah ni.” “Tahan sikit Taheera. I nak tolong you tapi I don’t want your baby to have complications. Lagipun kepala baby tak boleh engage sebab air you banyak.” Rupanya Dr saya yang macam kakak sendiri sekarang risau kerana anaknya yang keempat dilahirkan awal dan sekarang selalu asma. Ya ampun, apa lagi ya. Berdoa sahaja.

Minggu 34.  “OK, boleh, nak buat hari ini? “”Eh, boleh macam tu je Dr? Saya tak faham. Nak kena induce ke, C Sect?” Sebelum ni memang terfikir nak tanya tapi selalu lupa. Suami saya gaji cukup cukup makan, kalau CSect beribu-ribu. Saya nak juga normal birth. Anak anak saya sebelum ini semua normal birth. Dr kata, “kena induce tapi prepare for C Sect jugak.”

Risau baru menjelma. CSect pula, mana nak cari duit macam tu. Kesian suami saya. Apa lagi ya, macam macam betul dugaan saya. Tawakal dan doa lagi.

Minggu 35. Lagi beberapa hari nak raya dah. Perut terlalu sakit. Dr dah beri pilihan boleh pilih hari apa mahu melahirkan anak, cuma saya ada beberapa perbalahan dalam otak, nak awal takut CSect, nak awal takut baby dalam incubator dan siapa akan uruskan anak-anak, pantang sendirian berhad kerana orang tua semua tak mampu membantu. Akhirnya saya istikharah dan kuatkan hati. Call Dr. “Ok. I’m coming in today.”

26 Ramadhan. Hari Jumaat. Bag hospital sudah siap 2 bulan lepas. Jadi perginya cuma bawa diri (yang memang sudah terlalu berat untuk dibawa. Time ni dah macam perut bayi kembar) Bila ditanya suami, bagaimana kalau C Sect, dia kata jangan risau. Dalam kerisauan pun, bila diingat Allah ada, semuanya jadi ringan.

Pukul 2pm, saya diberi ubat untuk induce labour. Pada masa ini memang tiada opening langsung. Saya start dari 0 tapi Dr sudah warn, be prepared for CSect. Jadi bermulalah zikir chanting time yang full on. La’ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minazzhalimin…

Suami saya cuma dapat teman sebentar kerana wad 4 bilik tidak membenarkan ada lelaki bersama di wad pada waktu malam. Syukur Alhamdulillah, seorang insan bernama Aishah, teman baik datang mengejut. Saya ingatkan saya boleh bersendiri, rupanya, Allah hantarkan bantuan dalam bentuk kawan yang akan membantu. Physically, saya tidak boleh bangun dengan laju dan Aishah lah yang membantu saya ambil berus gigi, beli makanan, cerita cerita yang positif untuk kill time dan beri saya support. Tak lah rasa haru sangat pergi perang ni.

Selepas diberi ubat, perut mula contraction. Tak terlalu kuat tetapi ada setiap beberapa minit. Darah sudah pun turun. Saya tidur ayam sahaja. Nurse datang check pada jam 12am. Baru 1cm buka. Saya bangun berjalan dengan perlahan di keliling floor untuk mempercepatkan opening. Kalau baring lagi sakit pinggang, jadi berjalan akan mengimbangkan sakit ke seluruh area perut jadi kurang sangat sakitnya. 10 minit dan saya penat. Cuba tidur dan dapat tidur sedikit.

27 Ramadhan. Selepas subuh, Dr datang dan check. Sudah buka 3cm. Alhamdulillah. Zikir yang tidak putus dan doa doa dari keluarga berkesan. Saya senyum syukur. “Ok Taheera. Eat lots and gather your energy. Kejap lagi tambah ubat and then pergi mandi semua and pergi labour room.”  “Oh! Can I take coffee?” Boleh… Senyum lagi. Nurse datang dan beritahu suruh panggil bila sudah sedia tetapi sebelum dia pergi dia berbicara, “When was the last time you gave birth Puan? and how old are you now?” ” 36 and last I gave birth was 7 years ago.” Dia sambil keluar kata, ” your threshold for pain will be less if you’re 36 because in the 20s we were stronger” Mula-mula saya keliru dangan kata-katanya tetapi selepas itu saya terus bersemangat, kononnya nak buktikan saya kuat. Pada siapa, tiada siapa, pada diri saya sahaja.

Teman saya Aishah sudah membelikan makanan tambahan nasi goreng dan air nescafe yang lama diidamkan. Nurse sudah beri ubat dan menunggu saya tekan loceng. Jam 10.30 begitu mereka datang. Masa berlalu terlalu pantas sekarang. Saya prepare hati, prepare minda untuk menghadapai sakit yang bakal datang. Induce dari 2pm sehari sebelum lama juga.

Di katil labour room, saya zikir sahaja dan pandang tingkap. Saya mencari focus point. Ada bukit dihujung nun di sana sebagai titik fokus bila sakit datang. Alhamdulilah ada scenery cantik ciptaan Allah. Di waktu ini nurse masuk dan tanya, “Puan kalau tak tahan sakit dan nak injection atau gas, bagitau ya” Saya cuma angguk. Aishah tak dapat masuk. Cuma suami dibenarkan.

Risau saya tentang bil hospital yang tinggi berubah kepada misi saya untuk terus cekal dengan berdoa untuk tetap dengan normal induced delivery ini. Stick to the plan Taheera, stick to the plan, insyaAllah. Saya teruskan Doa Nabi Yunus itu dengan yakin pada pertolongan Allah.

Jam 12. “Mana laki I nih?” Cik Mat tertidur lepas sahur dan datang lewat. Sakit bertambah selepas ditambah dosage ubat. Aduhai, lupa sakit yang ini. Saya pernah terbaca yang labour pain ialah 57 decimal. Orang biasa tahap daya tahan sakit ialah 40decimal. Jadi ia sama seperti 20 tulang dalam badan kita dipatahkan hidup hidup. Yang menggeramkan tetapi melucukan ialah Cik Mat ingat saya sedang boring. Dia menghampiri saya dengan membawa Samsung galaxy tab nya, “Mama nak main guitar?(treng treng, dia strum gitar dalam tab tersebut” Oh, nak terjojol keluar bijik mata saya tenung dia, geram. Saya katup mulut. Sekarang sudah 7 cm.

Jam 1.30. Nurse masuk. Lihat bacaan carta pada mesin, agaknya bacaan saya sudah 50 dec tapi saya masih cengkam gigi dan gusi dengan kuat tak berbunyi lafaz zikir sahaja. “Puan nak injection?” Kali ini saya cakap ” Tak moh!” dengan nafas deras dan cepat, sambung cengkam gigi. Dalam otak ~ Stick to the plan, the normal delivery package plan.

Hujung nyawa sudah sakitnya. Dr tak sampai lagi. Sakit teramat dan saya tekan loceng. “Dah ready!” Nurse check dan call Dr. Nurse suruh bernafas dengan mengikut mulut supaya baby tak keluar terus “Jangan push lagi Puan.” Dalam hati “Ya Allah, mana Dr aku ni?” Dr sempat sampai ke bilik dan dia bersedia. Cik Mat pada waktu ini tak wujud. “Ok, tarik nafas, bismillah dan push”. Alhamdulillah, dengan satu push, baby keluar dengan selamat.

Tepat 2pm. Alya Xaharah binti Azry dilahirkan dengan selamat pada 35 minggu 27 Ogos, 2011 seberat 2.4kg sahaja tanpa sebarang komplikasi.

Jadi, saya manage to stick to the plan. Bilnya didalam lingkungan kemampuan kami, anak saya sihat alhamdulillah dan cukup kejadian dan saya, saya kembali bertugas sebagai ibu dan isteri seperti biasa. Semua ini dengan anugerah dan izin Allah. Semua ini kerana saya sangat yakin dengan kebesaran Allah. La haula wala quwwata illa billah. Allahuma sali ala muhammad, wa ala ali muhammad.

Jazakillah Aishah Nur Hakim, kaum keluarga dan sahabat untuk doa dan sokonganmu. Allah saja dapat membalas jasa kalian.

Alhamdulillah. Terima kasih atas doa kawan2 untuk keselamatan kami. Selamat hari raya dan maaf zahir dan batin. 🙂

Where Am I?

You are currently viewing the archives for November, 2011 at katasyahdu.