Buruh Chow Kit itu

February 19, 2012 § Leave a comment

Aku pernah pergi ke pasar
Pasar pagi di Jalan Chow Kit
Melihat buruh bekerja kasar
Gigih berhimpun mencari duit

Lalu aku meminta bantuan
Hanya ada buruh seberang
Tuannya panggil sambil berpesan
Tolong si ibu mengangkat barang

Aku berjalan dengan pantas
Buruh pun akur mengikut aku
Berat bakul bak ringan digalas
Akhirnya tiba di kenderaanku

Dalam kereta aku terfikir
Tentang dia si buruh biasa
Dia juga disuruh berzikir
Sama seperti aku juga

Tiada beza antara kita
Hanya status dan pangkat di dunia
Kerna Tuhan meihat hambaNya
Cantik dalam iman dan taqwa.

 

Fajar

February 14, 2012 § Leave a comment

Ku hidu angin fajar

Embun suci dikelopak bunga

Hidup ini hanya sebentar

Nikmat Mu tidak terkira

Like Leaves on a Tree

February 11, 2012 § Leave a comment

Like the trees that grow beautifully
And the branches spread to catch the sun’s ray
I hope that my knowledge would grow like the leaves
and not die and wither away ~ trm

Where Am I?

You are currently viewing the archives for February, 2012 at katasyahdu.