Wahai manusia yang Tuhan sayang

May 9th, 2012 § Leave a Comment

Wahai manusia yang disayangi Tuhan,
Diberi akal, engkau sia-siakan,
Nafas dihembus, kau dengus marah,
Nyawa dihujung baru mengejar imarah.

Diberi damai, engkau berperang,
Diberi bayi, engkau buang,
Diberi anak, engkau terajang,
Diberi harta, engkau perlekehkan,
Diberi pangkat, engkau megahkan.

Wahai manusia yang disayangi Tuhan,
Di sini dangkal jiwa meronta,
Nak cari jalan, jalan tak jumpa,
Dan kau masih sombong berlumba,
Di atas bumi Yang Maha Esa.

(setelah 2 minggu asyik menonton berita yang menyedihkan. Antara yang paling banyak ialah tentang orang dipukul, orang memukul)

Kembangkan sayap untuk yang diamanahkan.

May 7th, 2012 § Leave a Comment

Si Ibu: Mama ingin mengembangkan sayap…
Anak:  tapi Mama, kami perlukan mama…Siapa nak tunjukkan kami ke jalan yang betul nanti? Kami ini kan amanah Mama. Mama nak kejar apa kembang sayap?
Si Ibu: Kadang-kadang Mama nak kejar syurga. Kadang-kadang Mama nak dapat sedikit kegembiraan dari benda dunia seperti kasut lawa, baju lawa… Oh, mama ni manusia. Manusia ni macam ni lah, kelemahan dan ujian kita.. benda. Oklah, mama tak kembangkan sayap.  sipi sipi je untuk buat mama happy…

Mengajar anak mencintai apa yang diredhai adalah suatu pengorbanan dan ianya tidak mudah tanpa ilmu dan pegangan yang kuat pada Yang Maha Esa. Moga dipermudahkan untuk kita jadi ibu yang kuat dan tabah.  InsyaAllah. Amin

Di pagi hari 28 april… Selamat berjalan

April 28th, 2012 § Leave a Comment

Sempat berbual dengan Bapak. 28 april 2012, 8.50am.

T: Assalamualaikum Bapak. Bapak ok? Saya mendoakan Bapak selamat segala urusan.

PS: Alhamdulillah terima kasih. Bapak sedang bersiap untuk ke Masjid Negara dalam setengah jam lagi. Tetapi, hmm, LRT tidak kedengaran dari pagi tadi. Tak mengapa, Bapak boleh berjalan ke sana; tidak jauh…(dalam hati saya, pasti disekat dengan sengaja)

T: Bapak: Aisha kata gambar Bapak masa muda dalam buku Pak Samad Di Mata Kami tu tak hensem.

PS: hahahaha. Dia sudah tahu hensem dan tak hensem.

T: ya Pak. hehe. Dia kata Bapak dah tua lagi hensem.

PS: hahaha. Bilang sama Aisha, walaupun dia lihat gambar Bapak tidak cantik, tetapi ramai juga yang minat Bapak masa itu.hehe

T: Bapak dah baca coretan saya?

PS: Sudah…terima kasih. Bapak sangat tersentuh dengan tulisan Taheera.

T: Selamat berjalan ya Bapak. Bismillahitawakaltu al’Allah.

PS: ya…. insyaAllah…

Before a journey to Tanah Suci

April 5th, 2012 § Leave a Comment

Morning call. No rain today.

Get ready, pack and go.

Wait… call old man to tell we’re going.

Happy to hear from him:

“Bapak cuma doa, moga terbuka hati untuk menulis lagu atau menulis buku…”

ya pak, saya mahu insyaAllah. Saya akan insyaAllah.

Murmur in my head #1

March 27th, 2012 § Leave a Comment

Hardships are there to teach us how to love unconditionally.

Buruh Chow Kit itu

February 19th, 2012 § Leave a Comment

Aku pernah pergi ke pasar
Pasar pagi di Jalan Chow Kit
Melihat buruh bekerja kasar
Gigih berhimpun mencari duit

Lalu aku meminta bantuan
Hanya ada buruh seberang
Tuannya panggil sambil berpesan
Tolong si ibu mengangkat barang

Aku berjalan dengan pantas
Buruh pun akur mengikut aku
Berat bakul bak ringan digalas
Akhirnya tiba di kenderaanku

Dalam kereta aku terfikir
Tentang dia si buruh biasa
Dia juga disuruh berzikir
Sama seperti aku juga

Tiada beza antara kita
Hanya status dan pangkat di dunia
Kerna Tuhan meihat hambaNya
Cantik dalam iman dan taqwa.

 

Fajar

February 14th, 2012 § Leave a Comment

Ku hidu angin fajar

Embun suci dikelopak bunga

Hidup ini hanya sebentar

Nikmat Mu tidak terkira

Like Leaves on a Tree

February 11th, 2012 § Leave a Comment

Like the trees that grow beautifully
And the branches spread to catch the sun’s ray
I hope that my knowledge would grow like the leaves
and not die and wither away ~ trm

Masih adil

January 5th, 2012 § Leave a Comment

Nyata, kita ada semua,

Ada kekayaan dalam kemiskinan,

Ada kemiskinan dalam kekayaan.

___________________________

Justice
We have it all;

There are riches in poverty,

There is poverty in wealth.

-TRM

Tempek bedak dan gincu

December 4th, 2011 § 1 Comment

Di Malam Puisi Riong, 3Disember 2011, di surau Istana Budaya kami bertemu. Sesak dengan kaum hawa yang melaksanakan tanggungjawabnya pada Yang Maha Esa.  Usai solat, semua bersiap sedia untuk melaksanakan tugasan ahli sastera di pentas seni di luar Istana Budaya.
Menempek bedak dan bergincu sedikit; sedikit untuk tidak nampak pucat, kami berdua melihat wajah kami di cermin.
Wanita itu Dr. Zurinah Hassan rupanya. Dia kemudian bertanya, “Kamu pun membaca puisi ya?”
“Ya. InsyaAllah.”  Cakap lebih nanti seperti menunjuk. Walhal wanita  ini sudah lama dalam dunia bahasa dan sastera. Jadi siapalah saya, saya senyum sahaja.

Tetapi sebenarnya saya gembira, kerana di dalam surau yang sesak begitu, dua generasi ini bertemu dan saya bersyukur dapat menemui Dr Zurinah, walaupun hanya sebentar.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.